Thursday, July 23, 2009

Belajar dari pengalaman -plaque scalp psoriasis-

Pengalaman ku,

Disatu ketika 10 tahun yang lalu ..
Kulit kepala mula gatal2..kelemumur yang banyak..bentuknya lain..berkuping2(plaque).. luar daripada biasa tiba2 menyerang..
Bagi ku mungkin perkara biasa, ianya pasti akan hilang dengan menggunakan shampoo..
pelbagai jenama telah ku guna, semuanya berhasil untuk sekejap sahaja..paling lama pun 3 hari sebelum ia muncul kembali...

Mungkin dari sikap ambil mudah dan menganggap ianya hanyalah sekadar tompokan kecil yang tidak akan memberi sebarang kesan pada ku. Akhirnya dengan sikap sedemikian rupa..ianya telah merebak ...membesar..dan mula menghantuiku..

tup..tap..tup..tap..sudah hampir 6 tahun berlalu...sakit kulit yang ku anggap kelemumur bisa ini semakin rancak meratah kulit kepala ku..baju hitam kesukaan ku tidak dapat lagi dipakai..
jika digunakan..nampak lah berterabur habuk2 dan plaque2 putih di sekitar baju ku...

Bermula pencarian untuk menyelesaikan masalah ini.......
mengapa ini berlaku? Aku rasakan selama ini sudah tak terkira klinik yang ku lawati,tetapi hasilnya tidak seperti yangku harapkan.Ianya hanya hilang seketika sahaja.


Akhirnya minggu lepas aku secara tidak sengaja telah pergi keklinik, doktor yang bertugas nampaknya sudah berumur dan berpengalam luas. Dengan bersahaja aku pergi dan bertanyakan pendapatnya mengenai penyakit kulit yang menyerang kulit kepala ku ini..

hanya dengan sekali pandangan di memberitahu bahaya penyakitku ialah psoriasis....
tiada ubat untuk menyembuhkannya..Ya ALLAH...tergamam aku buat seketika.
Tidak pernah ku duga ianya akan berlaku atas diriku...

Hari yang sama juga aku terus membuat research tentang
psoriasis.Rupanya ramai yang mengidap penyakit ini..malah ada yang lebih dasyat.

Disinilah aku berjumpa dengan produk OLIVENOL..pantas aku berhubung dengan pegawai yang bertugas..EN Man ho..kuceritakan tentang masalah yang ku hadapi.

En ManHo bersetuju untuk membantu aku dengan mengesyorkan produk OLIVENOL selama 3 bulan...aku bersetuju. Mudah mudahan penyakitku aku bertambah baik dan dapat dirawat...

Disinilah bermulanya hidupku dengan OLIVENOL..

Kini aku hanya menunggu produk OLIVENOL yang akan dikirimkan kepada ku..
NANTIKAN update blog ku yang terbaru tentang keberkesan produk ini atas diriku..insyaalah dengan izinnya...

No comments:

Post a Comment